Setiap hari, peperangan kita melawan COVID-19 berterusan di mana mana sahaja.<br />Bukan saja di hospital atau pusat kuarantin, kawasan pesisir pantai negara turut menjadi medan pertarungan dengan wabak ini.<br />Ramai antara kita yang tidak sedar akan perjuangan petugas barisan hadapan di sempadan negara, demi memastikan negara selamat daripada ancaman COVID-19 dari luar.<br />Ikuti laporan eksklusif wakil Astro AWANI Kedah, Adie Sufian Zulkeflli.
